Monday 30 November 2015

Yus Jambu Meninggal Dunia

Pagi-pagi tadi buka timeline di Facebook, kecoh berita sedih kematian pelawak terkenal Malaysia iaitu Yus Jambu. Aku ingat rumors atau cerita yang dibuat-buat. Sekali betul bila aku tengok sendiri post dari Afdlin Shauki, Taukeh Jambu and Jihan Muse. 




Antara Gambar last Yus Jambu :



Apa-apa pon, kita sedekahkan Al-fatihah kepada Yus Jambu. 


Friday 27 November 2015

Waze dan Google Maps - Diharamkan?

Aku nak tanya,

Dalam sebulan berapa kali guna waze dan google maps? kenapa?

salah satu sebab aku buka waze, aku nak check jalan samada sesak atau tidak. Aku juga guna waze bila aku melawat kawan yang berada di tempat yang aku belum pernah pergi. atau aku guna untuk elak tol yang makin melonjak naik. 

Kalau berpandukan papan tanda, aku tak rasa aku akan sampai, mungkin sesat. Jadi aku nak tanya relevant ke apabila para menteri yang bijak di Malaysia nak mempertimbangkan untuk mengharamkan penggunaan Waze dan Google Maps di Malaysia.

Atas alasan boleh mengancam keselamatan Malaysia. 

emmm.

pandai.

Macam nak balik kampung je. Makin duduk KL, makin sakit jiwa dengan kepandaian para menteri. 


gambar : asalnya aku ingat itu lukisan pm kita. 

kredit : Google

Ini Malaysia


Aku jumpa gambar ni dekat Google. Aku tak pernah tahu tentang kewujudan tempat sebegini di Malaysia. Agaknya kaki aku masih belum melangkah jauh dan mengenal bumi Malaysia ni. 

Untuk yang tak tahu, Ini eskelator di Nu Sentral. Kredit Gambar dari Google.