Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Wednesday 2 December 2015

Kata-Kata Datuk K untuk Datuk Siti Selepas Keguguran






Aku ada kawan yang memang betul-betul peminat setia Datuk Siti Nurhaliza. Dia lah orang pertama yang khabarkan berita baik kehamilan Datuk Siti dan dia jugalah yang beritahu aku tentang berita keguguran Datuk Siti.

Ramai peminat yang turut bersedih atas kehilangan zuriat yang dinantikan selama 9 tahun itu. Mungkin belum tertulis rezeki untuk Datuk Siti. Diharap Datuk Siti bersabar dan cepat la sembuh.

Apa yang ICM terharu adalah penerimaan Datuk K dan kata-kata sayang buat Datuk Siti. Yelah, bila berlaku kesedihan seperti ini, moral support dari seorang suami adalah sangat penting.

“Apa sekalipun yang berlaku, saya tetap me­nyayangi Siti sampai ke jannah (syurga), saya cintakan dia sehingga ke hujung nyawa saya," demikian menurutnya sebagaimana memetik Utusan Online.

Ujarnya, dia dan Siti redha dengan ketentuan Allah SWT dan memberitahu masih boleh berusaha untuk memperolehi cahaya mata.

Siti sebelum ini disahkan hamil pada 13 November lalu, ketika kandungannya berusia dua bulan.

Namun rezeki untuk beroleh anak tidak kesampaian apabila Siti disahkan keguguran pada 26 November lalu.

Penyanyi itu kini sedang berpantang di rumah dan akan meneruskan aktiviti seninya seperti biasa selepas ini.